Pagi itu sedikit mendung dan suram. Tiada simbahan cahaya mentari. Sesekali terdengar kicauan burung yang hinggap di atas dahan pulasan. Aku yang duduk di atas buaian bawah pokok pulasan hanya memandang. Memandang ke arah wanita lebih setengah abad itu. Malas nak mengganggu.
Aku tahu air matanya mengalir lagi. entah ke berapa kali aku tidak pasti. tapi yang aku tahu air matanya pernah mengalir sebelum ini. Bukan sekali. Kamal yang duduk di beranda hanya termenung. Tangannya bergetar. Mungkin perasaan yang hadir itu adalah julung-julung kali baginya. Barang kali juga hatinya sedikit berbaur.
Aku? Masih biasa dan terus memerhati. Memerhati kedua-duanya. Malas mengusik emosi mereka. Kerana aku akui bahawa air mata wanita itu pernah mengalir disebabkanku. Dan hari ini air matanya mengalir lagi kerana Kamal. Aku juga pasti emosi kamal kerana saat sepertinya tika itu pernah aku lalui dulu. Ya, beberepa tahun dulu.
Bagi aku biarlah air mata wanita itu terus mengalir. Dan aku harap akan selalu mengalir. Kerana air mata itu adalah hadiah kepada air mata kesusahan yang pernah dilaluinya suatu masa dahulu. Aku tahu dia sudah penat menangis kerana derita. Namun mulai saat ini, biarlah dia menangis kerana gembira seperti hari ini.
Bagi Kamal pula, ini adalah hadiah yang Allah beri atas usaha dan permintaannya. Dia akan pergi seketika dan akan pulang sebagai wira. Jika tidak kepada bangsa sekalipun, cukuplah menjadi wira kepada keluarga.
=p Tahniah kepada Kamal kerana berjaya melanjutkan pelajarannya ke menara gading

hahahah...ak time tu nak pg jauh sebagai mujahidin yang menyambut seruan.....perjuangan ini hadiah untuk ibu....x mengharap apa hanya untuk membuat ibu gembira atas penat lelahnya mendidik ku dari sebesar tapak tangan sehingga menjadi lelaki yang tahu menilai sesuatu, menjadi lelaki yang tahu menghargai, menjadi lelaki yang kacak, menjadi lelaki yang bergaya...akan ku hadiahi segulung ijazah untuk ibu wanita pertama yang bertakhta dalam hati...hahahahahhaahaha...(nada bergurau diselangi pengharapaan)