
Kasih Bertaut

Bismillah.
Hari ini aku tak mau menulis secara serius dalam entri ini. Ngeh ngeh ngeh.
Kerana apa yang aku mahu sampaikan ini juga adalah seloroh dari pensyarahku. Ngeh ngeh ngeh.
Sedang dia juga ketawa ketika berseloroh saat itu. Ngeh ngeh ngeh
Begini selorohnya:
Mahasiswa... takut pensyarah (means hormat),
pensyarah takut dekan (mungkin beza jawatan),
dekan takut Naib canselor (ikut arahan),
NC takut menteri (biasalah),
menteri takut presiden @ PM (lu pikir sendiri)
& Presiden ? ...kembali takut mahsiswa (kerana pengaruhnya) Ngeh ngeh ngeh....
Tapi pada aku, barangkali dia mahu menyatakan sesuatu secara tersembunyi. Ngeh ngeh ngeh
Mungkin kerana ketakutan itu kerajaan bertindak begitu halus dalam berhadapan dengan mahasiswa. Ngeh ngeh ngeh
Melalui AUKU barangkali. Biar mahasiswa belajar, belajar dan belajar. Ngeh ngeh ngeh.
Belajar dengan tidak mencabar. Ngeh ngeh ngeh.
Biar pointer tinggi. Masalah semasa serahkan kepada kerajaan. Ngeh ngeh ngeh.
Mahasiswa belajar sahaja. Ngeh ngeh ngeh.
Minda tidak dicabar, Idealisme tidak berakar. Ngeh ngeh ngeh.
Keluar nanti jadi pak tukang. Ngeh ngh ngeh.
Jadi orang pandai, tapi tak berakal. Ngeh ngeh ngeh.
Graduan kita bakal jadi kuda pedati. Ngeh ngeh ngeh.
Sisi matanya ditutup supaya hanya boleh melihat depan. Ngeh ngeh ngeh.
Tidak dapat melihat sekitarnya. Ngeh ngeh ngeh.
Itu yang kerajaan nak. Ngeh ngeh ngeh.
Betulkah? Anda fikirkan jawapannya. Ngeh ngeh ngeh
Suasana kembali serius
Kemudian pensyarahku mengambil gelas di hadapannya.
Katanya ada gelombang aura di dalam itu.
Gelombang ini tidak boleh ditutup terus. Ia boleh meletup!
Kejayaan kerajaan itu bukanlah dengan berjayanya menutup gelombang itu. Tetapi bagaimana gelombang itu disalurkan.
Aku pada mulanya agak keliru.
Kemudian dia jelaskan kepadaku bahawa gelombang itu adalah idealisme mahasiswa.
Jangan ditutup idealisme itu. Tapi terima sebagai anugerah dan salurkan dengan betul. Suara mahasiswa adalah tanda harapan bahawa masih ada kepedulian kepada negara.
(Adakah aku agak seirus dalam 2 perenggan ini?)
Dan ini aku hadiahkan kepada mahasiswa yang hanya dengan lautan bukunya. Ngeh ngeh ngeh.
Maka berenanglah kamu dalam lingkungan itu. Ngeh ngeh ngeh. Teruskan berenang. Jangan cabar mindamu.Jangan jana ideamu. Ngeh ngeh ngeh.
Hiduplah dengan teori- teorimu. Ngeh ngeh ngeh.

Mahasiswa:
Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Definisi persaudaraan
Persaudaraan adalah tali yang mengikat antara manusia. Persaudaraan jugalah yang menyatukan di antara individu dan mengelak perselisihan sesama manusia. Oleh kerana itulah manusia perlu bersatu demi kehidupan yang harmoni dan bahagia serta pelbagai ikatan digunakan demi mengukuhkan persaudaraan dan penyatuan. Antaranya ialah ikatan darah, keturunan, bangsa, kabilah, warna, pangkat, negara, geografi malah ideologi manusiawi adalah pilihan manusia untuk hidup bersatu.
Namun, penyatuan berdasarkan ikatan-ikatan tersebut mudah terputus. Contohnya, orang berkulit hitam tidak boleh disatukan dengan orang kulit putih selamanya kerana warna yang berbeza. Begitulah yang lain. Kegagalan inilah yang menyebabkan manusia berpecah. Akhirnya, perpecahanlah yang menyebabkan manusia dan kehidupan menjadi lemah dan kucar-kacir.
Akan tetapi, apakah yang mampu menyatukan semua manusia tanpa dibatasi perbezaan zahiri dan duniawi? Jawapannya ialah akidah kita iaitu akidah islamiyyah yang menjadi tunjang pembentukkan persaudaraan Islam.
Ukhuwwah islamiyyah
Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah kekuatan kita. Ini adalah kerana ia adalah ikatan agama. Sebuah ikatan berteraskan akidah yang benar dan sahih. Umat islam disatukan di dalam satu kepercayaan yang bersumberkan tuhannya sendiri. Lantas, persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran agama bahawa manusia adalah hamba kepada tuhan yang Esa. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu harapan dan satu matlamat.
Persaudaraan Islam berbeza dengan yang lain daripada dua sudut.Pertama, ia tidak dibatasi ikatan-ikatan sempit seperti yang telah dinyatakan tadi. Islam boleh dianuti semua manusia tanpa kecuali. Islam adalah untuk semua. Kedua, ia adalah ikatan di atas agama yang benar. Agama dan ideologi lain yang menjadi asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.
Wahdatul ummah
Umat islam bersatu kerana mereka di arah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong umat islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar. Umat Islam disatukan melalui rujukan yang sama iaitu Al Quran dan Ar Rasul dan juga ibadah yang sama iaitu rukun Islam yang lima. Begitulah pengajaran Islam telah membina landasan yang betul ke arah penyatuan umat Islam.
Sirah telah membuktikan dengan kekuatan ukhuwwah islamiyah inilah Rasulullah telah membentuk barisan sahabatnya yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke Madinah. Begitulah talian-talian dan ikatan-ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan kekuatan ukhuwwah islamiyah.
Dalil dalam Al-Quran yang membuktikan perlunya kita untuk memupuk dan memantapkan ukhuwah islamiyyah pada masa kini.
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
Kesimpulannya, kesatuan kita boleh diibaratkan sebagai sebuah bangunan yang kukuh, saling menyokong di antara komponennya. Maka, tanggungjawab kita untuk menjaga dan memperkukuhkan persaudaraan Islam ini dengan memantapkan pegangan akidah kita.

Suatu ketika hiduplah seorang tua bijak. Pada suatu hari, datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Lankahnya longlai dan air mukanya yang sayu. Pemuda itu memang nampak seperti orang tidak bahagia.
Tanpa membuang waktu, pemuda itu menceritakan semua masalahnya. Pak Tua yang bijak hanya mendengarkannya dengan tekun. Lalu dia mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya itu untuk mengambil segelas air. Ditaburnya garam itu ke dalam gelas, lalu dikacaunnya perlahan. “Cuba minum ini, dan katakan bagaimana rasanya,” Ujar Pak Tua itu.
“Pahit. Pahit sekali,” jawab pemuda itu sambil meludahkan kembali.
Pak Tua itu sedikit tersenyum. Dia lalu mengajak tamunya untuk berjalan ke tepi telaga di daam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua-dua mereka berjalan berdampingan dan akhirnya sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.
Pak Tua itu lalu menaburkan segenggam garam ke dalam telaga itu. Dengan sebatang kayu, dibuatnya gelombang mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu. “Cuba ambil air dari telaga ini dan minumlah. Saat pemuda itu selesai meneguk air itu, Pak Tua bertanya lagi, “Bagaimana rasanya?”
“Segar,” Sahut pemuda. “ Apa kamu merasakan garam dalam air itu?”, tanya Pak Tua lagi. “ Tidak,” jawab pemuda itu.
Pak tua itu menepuk-npuk bau si anak muda lalu mengajaknya duduk berhadapan di pinggir telaga. “ Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, takl ebih dan tak kurang. Jumlah rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.”
“ Tapi kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dengan wadah yang kita miliki. Kepahitan itu akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan bergantung pada hati kita. Jadi saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.”
Pak Tua itu menambah lagi. “Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmua adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas. Buatlah laksana telaga yang mampu merendam segala kepahitan itu dan merubah menjadi kesegaran dan kebahagiaan.”
Lalu mereka berdua berangkat pulang. Hari ini mereka sama-sama belajar. Dan Pak Tua kembali menyimpan segenggam garam untuk anak muda yang lain yang sering datang kepadanya membawa keresahan jiwa.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk!Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Acik : Guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Untuk mendidik pelajar menjadi baik tidak semestinya memerlukan guru menjadi seorang yang garang tetapi memerlukan guru yang tegas. Dan tegas pada tempatnya. Bila anda bergelar guru maka cara hidupmu, berdirimu, dudukmu, berjalanmu, kata-katamu harus seperti seorang guru.
Artikel ini saya temui dalam sebuah blog. Maaf saya terlupa copy linknya.

Alhamdulillah hari ini aku sempat meniggalkan entri dalam blog ini. Maklumlah, kesibukan membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester menuntut aku untuk mencatu sedikit masa terluang. Hari ini aku sekadar ingin berkongsi sedikit pandangan aku setelah membuat pemerhatian secara tidak formal terhadap kerenah dan tabiat rakan-rakan ketika menghadapi musim peperiksaan. Ada beberapa golongan yang aku dapat kesan:
Pertama, golongan yang suka bangun malam untuk solat dan menyambung ulang kaji yang terhenti. Golongan ini ada yang sememangnya konsisten walaupun diluar musim peperiksaan (istiqamah). Tak kurang juga yang hanya bangun malam pada musim peperiksaan saja. Namun pada aku, sekurang-kurangnya golongan ini masih meletakkan harapan dan kepercayaan kepada Allah untuk membantu.
Kedua, Golongan yang biasa saja. Study dan solat pada waktu solat. Masih boleh lihat muka-muka golongan ini di surau. Mereka akan rehat pada waktunya, beriadah dan tidur. Seperti hari-hari sebelumnya. Golongan ini aku lihat sebagai golongan yang cool dan sempoi.
Ketiga, Golongan yang terlalu sibuk dengan buku dan nota sampai solat di bilik tidak seperti sebelumnya ( solat di surau). Kadang-kadang solat mereka pun di akhir waktu, itupun solat dalam keadaan tergesa-gesa. Mungkin masih banyak yang belum dibaca. Pada aku golongan ini masih mengharapkan Allah tapi tidak begitu bergantung sepenuhnya.
Keempat, Golongan yang mengabdikan diri dengan nota-notanya. Lapa waktu solat, lupa tuhan, lupa makan, lupa tidur, tak terurus dan segala-galanya. Jangan sangka golongan inni tidak ada. Memang ada. Percayalah. Pada aku, golongan ini lebih percaya pada kemapuan diri. Dan aku rasa golongan ini yang paling kuat frust apabila tidak berjaya mencapai target dalam peperiksaan.
Kelima, Golongan ini hanya tahu tidur, makan, dan main game. Satiap hari mereka hanya berkisar dengan 3 aktiviti ini. Exam? Mereka tak ada jiwa dengan exam. Dapat soalan mereka jawab. Betul ke, salah ke, itu semua lainn cerita. Golongan ini pada aku memang dah menghidapi penyakit yang paling susah untuk diubati. Hantarlah dokktor pakar daripada mana pun. MALAS!

P/S : Anda rasa anda termasuk dalam golongan yang mana?