Bismillah.
Agak lama aku tidak menulis dalam blog ini. Maklumlah belum ada kesempatan sehinggalah hari ini. Alhamdulillah Allah memberi sedikit ruang untuk aku membuat titipan ringkas sebelum blog ini akan kesunyian. Maklumlah. cuti semester sudah bermula. Tentu sekali di kampung aku tidak berpeluang menulis.
Apapun begitu untuk tempoh cuti semester ini aku ingin mengambil peluang kelapangan masa yang ada dengan satu projek percubaanku. Dalam perangcangan, aku ingin cuba untuk menulis. Jika diperkenankan Allah, karya bakal aku tulis nanti akan aku serahkan untuk semakan dan kritikan kenalan yang lebih berpengalaman.
Mungkin usaha ini boleh menjadi jalan untuk aku bergelar penulis suatu hari nanti. Semangnya aku berminat dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi. cuma belum ada kesempatan dan masih wujud kekangan lain yang membatasi aku untuk bergerak. Kekangan terbesar ialah aku sendiri mengakui bahwa kemahiranku dalam bidang penulisan masih ditahap sifar. Apapun aku bersykur kerana ada teman yang sudi menawarkan diri untuk emmbantu memberi tunjuk ajar.
Harapanku semoga sesiapa yang sempat membaca bingkisan ini dapat mendoakan usahaku ini semoga dipermudahkan.
Hakikatnya, bukan keinginan ini yang ingin aku sampaikan. Apa yan penting adalah menjadi satu kerugian apabila kita tidak mampu mengaplikasi dan mengurus keseluruhan kemudahan yang ada disekitar kita dengan sebaiknya. Tambahan pula bagi golongan akademik. Alangkah rugi jika ilmu yang tersemat jauh didalam hati tidak kita kongsi dengan cara yang pelbagai.
Maka atas kesedaran ini, menggerak hati untuk aku bertindak sekadar temampu. Cuma yang membimbangkan ialah apabila kita tidak mampu konsisten dengan usaha sendiri. Aku sendiri akui telah beberapa kali mencuba untuk menulis namun semuanya tidak selesai. Maka untuk kali ini, aku harapkan hati ini lebih bertekad bulat menulis hingga selesai. Biarlah lambat asalkan ada.
salam ziarahi...,
tuan fahdin nak jadi penulis tahniahhhh sesangat semoga ilmu tersiram ke hati...
di sini hamba si fakir ingin bertanya tuan nak jadi penulis yang berintepretasi dengan alam ker atau menulis sebuah karya dari ilham akal. apa -apa pun sukses selalu.