Bismillah .... Seinfiniti kesyukuran aku panjatkan kepada Allah. Hari ini aku masih bisa menulis walaupun kekangan waktu agak menjerut aku untuk meluang lebih masa di sini.
Sudah lama aku berkampung di kampus sejak bermulanya cuti semester. Cuma sempat pulang beraya lebih kurang 3 hari. Aku ditugaskan sebagai sukarelawan untuk membantu menguruskan Pertandingan Debat DiRaja IPT Malaysia. bukannya apa. Sekadar mahu mencari sedikit pengalaman. Mungkin sebelum ini aku pernah bergelar pendebat. Tapi hari ini aku lebih selesa menjadi orang yang membantu mengurus proses pertandingan debat.
Walau apapun, bukan ini yang ingin aku sentuh. Cuma ingin meluahkan sedikit buah fikiran yang aku kira mungkin tidak disenangi dan disokong oleh beberapa pihak. Cuma aku sekadar menggunakan hak aku untuk meluahkan apa yang terbuku tentang dunia intelek ini ( dunia perdebatan ) Dari sudut kaca mata aku sendiri berdasarkan sedikit pengalaman yang singkat yang pernah membawa aku ke dunia yang pernuh dengan fakta dan hujah serta pengalaman aku menjadi comuniti yang menghadapi dan menguruskan mereka ini.
Pada aku hari ini aku melihat penganjuran debat mungkin berjaya melahirkan manusia yang hebat dengan hujah, yang mempunyai kekuatan kepimpinan dah bersuara, yang bisa konsisten menegak dan menyanggah hujah, manusia yang kemas tutur katanya. Namun kita masih gagal melahirkan manusia yang menjiwai kehebatan, kepimpinan, konsistensi dalam dunia realiti.
Kegagahan itu hanya di medan persidangan. Kepimpinan itu hanya di meja perwakilan. Konsisten itu hanya di pangkalan kerajaan atau pembangkang. Semua ini tidak ada dalam realiti. Maka aku dapat merasakan satu kerugian besar.
Apapun aku tidak menyanggah sesiapa. Apatah lagi medan ini pernah aku lalui dan aku sudah pelajarinya. Maka sewajarnya aku tudingkan dahulu jari kepada diriku sediri. Apakah kegagahan, kepimpinan, konsistensi aku dalam perwakilan di medan perdebatan telah aku bawa dalam realiti sehari-hari? ..... ( Aku harus bermuhasabah kembali)

GAMBAR KENANGAN KETIKA SEMPAT MERASAI DUNIA PERDEBATAN
Post a Comment