Kasih Bertaut

fahdin



Setiap orang ade sahabat atau teman rapat. Dialah tempat kita berkongsi tawa di kala gembira. Dia juga tempat kita menumpang bahu di kala duka lara. Banyak perkara yang kita kongsi dengannya. Banyak juga ygan kita luahkan kepadanya.

Daripada kisah diri hinggalah keluarga kita. Daripada kegembiraan hinggalah kesedihan kita. Daripada soal hati hinggalah soal dendam. Daripada meminta pandangan higgalah luahan persaan.

Dan sahabat kita terus mendengar, mendengar dan terus mendengar. Dialah pendengar yang baik buat kita.

Namun adakah kita sedar bahawa sahabt kita juga manusia seperti kita. Ada kala dia gembira. ada kala dia berduka. Dia juga mahu berkongsi apa yang dia ada dengan kita. Dia juga mahukan pendapat kita. Dia juga mahu berkongsi hilai tawa bahagia gengan kita dan dia juga perlukan bahu kita tatkala hatinya dilanda resah gelisah gundah gulana. kerana padanya, kita adalah sahabatnya.

Pernahkah kita sedar dengan semua ini? Mungkin selepas ini kita patut merenung kembali adakah kita meletakkan diri kita sebagai sahabatnya sama seperti dia meletakkan dirinya sebagai sahabat kita. Mungkin kita patut sedar bahawa kita tidak boleh sentiasa menjadi peluah....sesekali jadilah pendengar.


Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment